Selamat Hari Lahir ke-3 untuk putera ke-3

[19 Januari 2018] Selamat hari lahir yang ke-3 untuk abang hensem sorang ni..satu-satunya anak umi yang dilahirkan di Ruwais, Abu Dhabi. Sebelum bersalin, umi sempat makan nasi arab (lahm mandi). Lahirnya pula elok-elok abi selesai solat subuh dan hujan lebat masa tu di Ruwais. 

Doakan hanif membesar menjadi anak yg soleh dan berbakti kpd agama & bangsa.



Gambar terkini hanif botak dek angkara abang Hadif nak tunjuk skill potong rambut adik. Akhirnya ke kedai juga, terpaksa dibotakkan. huhu.. Nasib baik lagi hensem abang hanif bila botak. hihi.. 

Tempahan kek kali ini istimewa dari Cakes by Rosza Rozali, bertemakan zoo dan binatang liar. Kek rainbow menjadi pilihan kerana abang Hadif mahukan kelainan dari kebiasaan kek yang pernah dia makan. Umi harap abang Hanif suka dengan deko kek ini. Sederhana aje sambutan kali ini di rumah. InsyAllah, esok abang Hanif akan sambut bersama teacher dan kawan-kawan di taska.





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Anak ke-6

Kelahiran anak ke-5

Apa itu Allergic Rhinitis?