Kelahiran anak ke-5
Kali ini, aku ingin kongsikan pula pengalaman bersalin anak yang kelima. Setiap anak, pengalaman bersalinnya berbeza-beza. Jika dulu anak pertama, kedua & keempat, aku bersalin di Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh. Yang ketiga bersalin di Ruwais Hospital, Abu Dhabi. Tapi kali ini, pengalaman pertama aku bersalin & berpantang di Johor. Kami telah memilih Colombia Asia Nusajaya Hospital dengan Dr Rohaini kerana Dr perempuan dan berdekatan dengan rumah (jarak perjalanan dalam 15 minit dari rumah).
Aku mula rutin maternity check up dengan Dr Rohaini semasa usia kandungan 33+ minggu. Sebelum itu, hanya check up di klinik panel UTM, Klinik Keluarga kerana berdekatan dengan tempat kerja. Ikutnya temujanji kedua bersama Dr Rohaini telah ditetapkan pada 27/12/2018. Memandangkan bermula 18 - 25/12/2018 Dr Rohaini bercuti.
24/12/2018 Pada hari ini, aku dah mula terasa mengah & cepat letih apabila terpaksa menaiki tangga office yg berada di tingkat 3. Hati dah terdetik untuk mula bercuti.
25/12/2018 Kebetulan cuti umum Hari Kristmas. Aku hanya duduk di rumah. Dah tak terasa nak keluar ke mana-mana untuk berjalan. Kesian anak2 cuti sekolah tahun ini, hanya duduk di rumah sahaja. Memandangkan uminya dah makin sarat.
26/12/2018 Hari ini aku terpaksa ambil cuti kecemasan kerana Hanif, anak yang ketiga demam. Tak sampai hati nak hantar dia ke taska. Takpe la, Hanif duduk rehat dengan uminya di rumah. Tengahari tu, aku mula perasan ada discharge keluar seperti mucus plug berwarna putih jernih dan bentuk seakan-akan jeli. Malam pula, mula terasa sakit dari bahagian pinggang ke turun ke kaki kebas. Tidur pun dah tak nyenyak.
27/12/2018 Bangun pagi ini, aku dah mula cirit birit & sakit bahagian ari2 yang terasa menyucuk2. Berjalan turun tangga pun terasa seksa bila contraction datang. Bila dikira contraction jarak dalam 20 minit & tak berapa tetap sangat. Sempat pesan apda abang Hadif, umi sakit sangat hari ini, umi nak pergi hospital & minta abang Hadif jaga adik-adik. Jam 8 pagi bergerak ke hospital dengan ditemani temanku, Ikin untuk appointment 37 minggu dengan Dr Rohaini. Kebetulan hari ini, suami terpaksa uruskan pembayaran yuran Sek Keb & pembelian kitab Sek Agama abang Hadif dan juga pengambilan buku tadika abang Hasif. Sampai hospital, no giliran aku dapat ialah 13. Kebetulan pagi ini Dr Rohaini masuk klinik lewat jam 10.30 pagi kerana ada operation. Selepas pendaftran di kaunter, aku & ikin ke cafe hospital untuk sarapan pagi. Dalam dok terasa contraction & tak ada selera makan, abis juga roti bakar & telur hancur pagi tu. Memandangkan no giliran aku masa jauh & aku tak larat rasa nak menunggu duduk di hospital, aku maklum pada nurse untuk pulang berehat dulu di rumah. Nanti tengahari aku datang semula. Jadi Ikin terpaksa hantar aku pulang ke rumah, masa tu jam baru pukul 10 pagi.
Di rumah, suamiku tengah sibuk bersihkan ikan untuk stok berpantang nanti. Sempat la juga dia masak nasi & kari ikan kembung tenghari tu. Sebelum ke hospital jam 12.30 tengahari tu, kami dah siap makan semua. Memang dah agak nanti kalau balik baru nak makan, dah lambat sangat pula. Faham2 la hospital ni, urusannya biasanya akan ambil masa sikit. Alhamdulillah, sampai hospital lagi 2 orang giliran sebelum aku. Dalam jam 1.40 petang baru dapat masuk ke bilik Dr Rohaini untuk check up. Cerita la pada Dr yang aku cirit birit hari ini & ada sikit contraction tp gak tetap. Dr scan dan anggarkan berat baby dalam 3 kg, air ketuban semua ok. Dr tanya nak cek tak laluan bawah atau tunggu sakit betul baru datang hospital semula. Entah macamana, aku cakap Dr cek aje la. Sekali dah terbuka 6 cm rupanya..Allah..macam tak percaya sakitnya takda la kuat sangat. Jadinya Dr nasihatkan terus masuk labor room.
Jam 2 petang, terus buat pendaftran untuk check in wad & masuk ke labor room. Aku mints izin nurse untuk solat zohor terlebih dahulu sebelum tukar uniform hospital. Tak lupa maklumkan apda keluarga & kawan2 terdekat, minta maaf & minta mereka semua doakan aku selamat bersalin. Bermulalah perjuanganku di labor room. Mesin ctg dipasangkan di peeut untuk monitor heartbeat baby & contraction. Dapat rasa contracrion dalam 10 minit sekali. Dalam jam 3.40 petang, Dr Rohaini masuk cek dah buka 8 cm & minta izin untuk pecahkan air ketuban. Dia maklumkan, bila air ketuban dah pecah, sakitnya akan semakin kuat & bukaan akan semakin cepat. Ya, memang betul..sakit yang dirasakan semakin kuat & kerap. Tak putus aku ulangi zikir & sempat baca beberapa mukasurat al-quran bersama suami.
Jam menunjukkan 4.30 petang, waktu ini dah mula cuak bila dengar orang sebelah dok push & suara sorakan semangat dari nurse. Aish, berdebar bila la masa aku ni. Aku agak2 dalam 6 petang ni baru bersalin. Lama lagi nak tahan sakit macam tu. Seorang senior nurse masuk nak cek bukaan, masa ni dah buka 9 cm. Puas juga dia mengerodak kat bawah tu bagi pecah laluan membran yg menutup pintu rahim, terasa juga panas air ketuban keluar sikit demi sikit.
Dalam jam 4.50 petang, Dr Rohaini masuk untuk bantu proses bersalin & cek bukaan dah fully buka 10 cm. Dengan lembut & tegas, dia cakap ok dah boleh bersedia untuk tarik nafas & push sekarang bila contraction datang. Alhamdulillah dalam 2 tarik & hembus nafas, kepala baby dah keluar. Rest sekejap & push sekali lagi, keluarlah seluruh badan baby. Ya Allah syukur padaMu kerana memudahkan semuanya. Walaupun sakit bersalin itu tetap sakit yang paling sakit aku rasa., tapi Allah mudahkan dengan mempercepatkan prosesnya.
Lahirlah seorang lagi penyeri dalam keluarga kami seorang bayi perempuan jam 5.01 petang dengan berat 3.36 kg, panjang 49 cm & ukurlilit kepala 33 cm. Perkara tak dapat dilupakan masa tengah jahit tu, sempat Dr Rohaini berselorok, kalau mudah camni bersalin, tak salah awak nak bersalin setiap tahun..haha..Allah memang tak mungkin dah kot. Biarlah ini kelahiran yang terakhir. Masa yang ada perlu untuk memberi perhatian bagi membesarkan mereka semua. Itupun tanggungjawab kami juga. Mohon semua doakan moga anak yang baru dilahirkan ini menjadi anak yang solehah & sihat hendaknya. 😘😘😘
Comments
Post a Comment