Pengharapan 2018 yang lebih barakah


Setiap kali menjengah tahun baru, pasti setiap orang sibuk dengan "AZAM". Ada yang mencipta azam baru, ada pula yang hanya mengulang azam-azam tahun lepas yang belum terlaksana. Penting sangat ke azam ni. Sampaikan ada yang menjatuhkan hukum semborono, azam pada tahun masihi ini bukan adat orang islam. Katanya seelok sebagai muslim memasang azam pada tahun hijrah. Pada saya semua itu terletak pada diri masing-masing. Tak ada pun sampai jatuh dosa besar.

Bagusnya kita ada azam tahun baru adalah menunjukkan kita ada perancangan untuk tahun tersebut. Selain merancang dengan rapi, kita perlu ada strategi untuk melaksanakannya dan menjadikan azam tersebut realistik. Situasinya sama sahaja seperti dalam organisasi. Bila dah berkeluarga, azam mak-mak pun makin banyak, meliputi target-target untuk pasangan, anak-anak dan juga keluarga.

Ini adalah azam aku untuk tahun ini. Dicatatkan di sini, moga ia menjadi pemangkin untuk aku berusaha bagi merealisasikannya.

Azam 2018

1. Muslim
  • Menunaikan solat di awal waktu (1 jam pertama selepas masuk waktu)
  • Membiasakan diri dengan puasa sunat Isnin dan Khamis
  • Membaca dan memahami al-Quran
  • Memperbanyakkan solat malam dan solat sunat
2. Hidup Sihat
  • Bersenam atau berzumba
  • Mengamalkan diet sihat
  • Mengambil supplement tambahan dan jamu
  • Pemeriksaaan kesihatan utnuk wanita
3. Hidup bermasyarakat
  • Sedekah
  • Sentiasa menjaga hubungan silaturrahim bersama keluarga dan rakan
  • Memperbaiki komunikasi
  • Menjadi baik dan mampu menginspirasikan orang lain
4. Kerjaya
  • Niat bekerja kerana Allah dan beribadah
  • Sentiasa memotivasikan orang lain menjadi lebih baik
  • Memudahkan orang lain bila berurusan
  • Kurangkan bercakap, lebihkan tindakan
5. Keluarga dan Pasangan
  • Meluangkan masa berkualiti tanpa gajet
  • Temujanji makan tengahari setiap Ahad bersama suami
  • Solat berjemaah setiap hari
  • Merancang Percutian Romantik
6. Pendidikan Anak-anak
  • Simpanan pendidikan anak-anak
  • Memupuk minat membaca, "1 bulan 1 buku"
  • Mantapkan solat dan bacaan al-Quran anak-anak
  • Menyediakan ruang belajar yang selesa untuk mereka
7. Deko Baiti Jannati
  • Bilik belajar
  • Hiasan dinding rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik tidur utama
Aku mengharapkan apa juga yang dilakukan untuk tahun ini akan lebih diberkati dan kami sekeluarga akan sentiasa berada dalam rahmatNya. Dikala usia memasuki pertengahan 30-an ini, tiada lagi pengharapan melainkan pengharapan dariNya. Selain melihat anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, aku berharap hubungan kami suami isteri juga semakin utuh dan berkekalan hendaknya hingga ke syurga.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Anak ke-6

Kelahiran anak ke-5

Apa itu Allergic Rhinitis?