Pengalaman Bersalin Anak ke-6

Untuk kelahiran yang ke-6 ini, aku masih memilih untuk bersalin bersama Dr Rohaini Jonit di Colombia Asia Nusajaya Hospital. Temujanji pertama aku adalah pada 1 Julai 2020 untuk check up 33 minggu. Seterusnya, temujanji kedua pula pada 22 Julai 2020, untuk check up 36 minggu. 22 Julai juga merupakan hari pertama persekolahan anak-anak dibuka semula selepas perlaksanaan PKP di Malaysia disebabkan penularan pandemik Covid-19. 

Oleh itu, pada pagi 22 Julai, selesai menghantar anak-anak ke sekolah, aku terus menuju  ke hospital untuk temujanji.  Pagi itu, perut aku sudah mula rasa tidak selesa dan berulang kali ke tandas kerana cirit birit. Semasa scan, berat baby dianggarkan 3.2 kg dan Dr cakap aku sudah bersedia untuk bersalin. Disebabkan pengalaman sebelum ini, tanda-tanda bersalin aku adalah cirit birit juga, jadi Dr Rohaini telah mengambil keputusan untuk check bukaan aku. Tak sangka, rupanya bukaan aku telah 3-4 cm. Dr masih benarkan aku pulang pada hari tersebut dan perlu segera ke hospital apabila sudah ada rasa sakit atau turun tanda.

Jujur aku katakan yang kelahiran kali ini, aku tidak bersedia awal. Baru sahaja pagi tadi aku memasukkan beg hospital ibu & baby ke dalam kereta. Malah, urusan serah tugas di pejabat juga baru sahaja diserahkan ke pentadbiran sehari sebelum ini. Disebabkan aku masih dibenarkan pulang ke rumah, jadi aku mengambil peluang ini untuk membasuh baju, mengemas rumah dan membuat sedikit persediaan bilik berpantang sebelum aku bersalin. Tak tahu la berapa kali aku turun naik tangga semasa mengemas hari itu. Waktu ini, aku sudah rasa kontraksi tapi tidak konsisten. Pinggang hingga ke kaki sudah mulai rasa kebas dan sakit menyucuk pada bahagian ari-ari.

Pada waktu malam, kontraksi mulai kerap dan ianya telah mengganggu tidur aku. Selera makan juga berkurang. Terasa tekak ini sudah tidak dapat menerima nasi dan aku hanya menjamah sedikit pizza. Aku tak putus-putus berdoa, agar aku sempat menguruskan anak-anak keesokkan paginya ke sekolah terlebih dahulu sebelum aku ke hospital. Dr sudah pesan untuk segera ke hospital jam 9 pagi untuk urusan pendaftaran wad dan terus ke labour room esoknya.

Syukur bila aku masih mampu bertahan pada paginya dan sempat menguruskan anak-anak ke sekolah semuanya. Tiba sahaja di hospital, aku terus ke cafe untuk sarapan pagi ditemani suami. Masih kurang berselera pada pagi itu, oleh itu, aku hanya memesan roti bakar dan telur hancur bersama milo panas sahaja. Sedang enak menikmati sarapan, nurse dari labour room telah menelefon untuk melapor diri di sana. Aku segera menghabiskan baki sarapan yang ada dan terus bergegas ke labour room. 

Masuk sahaja ke labour room, nurse terus memasang jarum untuk memasukkan ubat dan memasang alat ctg di perut untuk memantau kontraksi dan degup jantung baby. Dalam jam 11 pagi, Dr Rohaini telah naik ke labour room untuk check dan bukaan telah pun terbuka 5 cm. Drip ubat telah ditambah bagi kuatkan lagi kontraksi dan mempercepatkan bukaan rahim. Sela masa menunggu antara kontraksi, aku habiskan dengan membaca al-quran dan berzikir. Dengan cara ini, aku dapat rasakan masa lebih cepat berlalu. Suami juga mengisi masa dengan mengerjakan solat sunat. 

Pada jam 1 petang, sekali lagi Dr Rohaini check dan bukaan telah pun terbuka 8 cm. Mengikut perkiraan nurse-nurse yang berpengalaman, 1 cm bukaan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dalam jam 1.30 petang, aku telah rasa gesaan untuk meneran dan nurse turut ada membantu untuk mempercepatkan bukaan. Beberapa kali aku cuba untuk meneran tetapi aku tak berjaya. Oleh itu, nurse telah minta aku untuk mengiring ke sisi kiri dan berehat buat sementara waktu. Bila kontraksi datang semula, aku diminta untuk meneran lagi sekali. Waktu ini, aku memang menangis kerana rasa tak mampu lagi untuk cuba meneran kerana terlalu penat.

Semasa berada dalam keadan mengiring ke kiri, tetiba kontraksi datang dan aku dapat merasakan kepala bayi melengsur keluar. Aku terus menjerit memanggil nurse untuk membantu. Kebetulan pula, waktu itu, nurse dan Dr Rohaini berada betul-betul di depan pintu bilik aku. Aku sekali lagi mengubah posisi terlentang dan merapatkan kaki ke dada dan seterusnya cuba meneran lagi sekali bagi melepaskan bahu dan badan baby. Akhirnya tepat jam 1.38 petang, baby aku selamat dilahirkan dengan berat 3.35 kg. Terasa habis tenaga aku digunakan, nak diangkat tangan pun tak lagi bermaya. Sempat aku toleh pada suami, dan cakap ini yang bongsu. Rasanya dah tak sanggup lagi untuk melalui detik ini semula. 





Comments

  1. Hi how much is the total cost u have to pay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for the late reply. It costs me almost 4k.

      Delete
  2. Berapa kos bersalin ya puan?

    ReplyDelete
  3. Berapa kos bersalin ya puan?

    ReplyDelete
  4. Cost 4k tu termasuk Induce ke ye?

    ReplyDelete
  5. Murah pula 4k sis...

    ReplyDelete
  6. Saya n suami pun merancang nk melahirkan di columbia…..murah dari kpj……tq pengalaman nya…….smoga ada lgi baby awak seterusnya 😆🌹❤️

    ReplyDelete
  7. Salam..maaf nak tanya nanti dh turun tanda, masuk lr terus ke atau masuk wad dulu? Dlm lr brg apa je yg nak kena bawa?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelahiran anak ke-5

Apa itu Allergic Rhinitis?