Fakta menarik awal persekolahan Hadif
Alhamdulillah minggu ini memasuki minggu ke-4 sesi persekolahan Hadif di Tahun 1. Sudah lama memendam rasa untuk aku menceritakannya di sini. Dengan besar harapan, ia menjadi catatan untuk Hadif lihat di kemudian hari. Umi dan abi telah cuba melakukan yang terbaik untuk Hadif.
Pengalaman pertama sebagai ibubapa yang menguruskan anak ke Tahun 1, bukan la satu perkara yang mudah. Selain membuat persediaan wang ringgit bagi membeli keperluan sekolah, kami juga perlu bersedia emosi dan ilmu psikologi dalam berdepan dengan situasi-situasi anak melalui suasana baru. Ditambah pula 2 minggu sebelum sesi persekolahan bermula, Hadif melalui proses berkhatan. Dalam keadaan jahitan luka yang belum sepenuhnya sembuh, membuatkan kami agak risau dan panik juga.
Fakta pertama: Menangis
Kami, suami isteri memang dah menjangkakan Hadif akan menangis. Hadif memang agak manja dan rapat dengan abi. Pengalaman abi tinggalkan dia jauh dek kerana tuntutan kerja, membuatkan dia agak fobia bila kami tiada di sisi dia. Gelabah umi dan abi bila cikgu maklumkan yang Hadif menangis semasa perhimpunan pagi semasa sesi taklimat guru dengan ibu bapa. Rupanya, dia sakit dan takut untuk ke tandas sendiri disebabkan jahitan luka berkhatan terlekat pada seluar dalam dia. Kesian Hadif masa tu. Selamatlah abi ada menjadi hero, menyelamatkan situasi tersebut.hihi.. Nampak cikgu pun panik waktu itu.
Selain itu, hari pertama sekolah, umi memang tunggu di pagar sekolah agama untuk menunjukkan dia van yang sepatutnya dia naik ke transit. Tapi bila Hadif nampak umi, lain pulak jadinya. Berlakulah babak air mata dan dia pandang umi dengan pandangan sayu. Umi cepat-cepat balik sebab tak sanggup. Nanti umi yang tewas dengan pandangan awak, Hadif. Umi sayang abang Hadif. Umi mahukan anak-anak umi semuanya pandai berdikari walaupun umi abi tiada di sisi.
Fakta kedua: Duit Belanja
Perkara yang paling umi risau. Boleh ke anak umi membeli sendiri di kantin. Syukur hari pertama sekolah, cikgu Tahun 1 memang akan ajar murid-murid untuk beli makanan di kantin. Jadi, Hadif berjaya membeli sepinggan kuey teow goreng RM1 dan air minuman RM1. Masuk hari kedua, boleh pula Hadif tertinggal duit dalam beg sesi pagi sekolah agama. Alhamdulillah, ada kawan yang baik hati telah berkongsi bekalnya dengan Hadif. Tetapi hari-hari seterusnya, duit belanja yang tak digunakan, Hadif pula berikan pada kawan-kawan. Katanya kawan Hadif cakap tak ada duit. Pemurah betul awak ye. Tapi kalau hari-hari, tak boleh la. Kopak abi awak.
Masuk minggu ke-2, Hadif dah mula belajar membeli 10 biji pemadam, sebatang pensel dan buku nota kecil pokemon di koperasi sekolah. Ini agaknya pengaruh upin ipin yang bermain pemadam di sekolah.hihi.. Dah pandai dia membeli belah di koperasi sekolah. Jenuh juga Hadif mendengar leteran umi dan abi. Umi dan abi pesan beli barang yang Hadif perlukan sahaja di koperasi sekolah.
Minggu ke-3 sekolah, kali ini Hadif mula membeli ais krim dan jajan tanpa had. Umi dan abi pesan pada Hadif untuk kurangkan makanan manis dan jajan di sekolah. Sebolehnya, elakkan hanya sesekali sahaja membeli jika Hadif teringin. Kami tetap berikan duit belanja pada Hadif walaupun kami ada sediakan bekal untuk Hadif. Moga Hadif dapat belajar mengurus duit dengan baik pada masa akan datang.
Fakta ketiga:Baju, kasut sekolah dan songkok
Disebabkan baju dan kasut sekolah itu berwarna putih, jadinya setiap hari akan balik dengan penuh kotoran seperti belacan. Ditambah pula minggu-minggu awal sekolah ini musim hujan. Belum lagi hari hujan lebat, Hadif balik dalam keadaan kaki kecut kesejukan kerana kasut basah seharian. Pada malamnya, Hadif mula bersih dan selsema. Hai la anak. Moga diberikan kesihatan yang baik selalu untukmu.
Lagi satu, benda yang hilang adalah songkok. Pertama tertukar dengan kawan dan kali kedua tercicir dalam van semasa pulang dari sekolah agama. Nasib la ada kawan yang simpankan untuk awak.
Fakta keempat: Alat Tulis
Rasanya ini perkara biasa dihadapi ibubapa yang lain. Pensel tulis dan pensel warnanya kontot-kontot belaka. Bila ditanya, Hadif maklumkan yang dia terpaksa mengasah penselnya berulang kali kerana kerap patah. Macamana tak patah wahai anak, cara awak menulis mesti tekan bersungguh-sungguh. Tak hairan balik rumah, umi lihat buku tulis awak berlubang dan koyak. Dengan kualiti kertas buku tulis juga tidak bagus. Ditambah tulis dan padam, oleh itu, banyak muka surat yang terkoyak dan berlubang.
Hari-hari memang kena tengok alat tulis Hadif. Mesti ada yang hilang. Ada juga kadang terlepas pensel kawan dalam beg dia. Stok alat tulis memang umi dan abi dah siap-siap beli borong. Semua ini telah dijangkakan akan berlaku untuk anak-anak sekolah.
Fakta kelima: Buku sekolah dan Jadual Waktu
Minggu ini sekolah kebangsaan dah mula sesi pembelajaran secara formal. Selesai la sudah minggu transisi selama 3 minggu. Jadi buku sekolah Hadif telah disusun di dalam fail-fail mengikut subjek dan ditandakan dengan hari mengikut jadual. Itu pun, bila cikgu tanya, dijawabnya buku tak dibawa. Padahal umi awak dah susun elok dalam beg. Hadif cari gitu-gitu sahaja dalam beg. Bila tak jumpa, dijawabnya tak dibawa. Senang aje ye Hadif. hihi..
Bab buku tulis sekolah agama pulak. Di kulit depan buku tulis subjek Ibadah. Tapi di dalam, disalinnya nota subjek Tauhid. Hentam sahaja buku apa yang ada dalam beg agaknya. Sabar aje la umi bila semak buku sekolah awak, Hadif. Sambil urut dada.
Fakta keenam: Dilantik Ketua Kelas
Tetiba aje dapat surat dari sekolah agama yang Hadif dilantik sebagai ketua kelas dan diminta mengenakan sampin hijau dan memakai kasut hitam. Terfikir juga umi, macamana ustaz awak pilih awak ni jadi ketua kelas. Jawabnya kerana Hadif tertidur masa tu dalam kelas. Haha..Ehm lain kali tidur lagi ye dalam kelas. Ustaz lantik awak supaya awak jadi lebih bertanggungjawab dan menjaga amanah tersebut. Moga Hadif membesar menjadi pemimpin yang baik.

Comments
Post a Comment