Saat Perkenalan Kami
Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar anak-anak ke taska, aku terasa begitu syahdu dan sayu. Teringatkan suami nun jauh di perantauan. Hati ini terasa begitu rindu yang tak dapat digambarkan apatah lagi untuk diluahkan dengan kata-kata. Malah saat aku menulis ini, airmata tetap mengalir tanpa mampu diseka lagi. Hanya Allah yang mengetahuinya. Moga rindu ini beroleh pahala dariNya. Kebetulan dalam perjalanan tadi, aku memasang radio IKIMfm. Nasyid yang diputarkan selepas slot Motivasi Pagi tadi telah membuatkan aku terimbau kembali kenangan ketika pertama kali mengenali suamiku yang kucintai kini. Ya Allah begitu mendayu-dayu dan meruntun jiwa ritmanya.
Terkenangkan peristiwa 10 tahun yang lalu. Aku ditakdirkanNya bertemu dan mengenali si dia (suamiku kini) ketika belajar di UTM. Dia merupakan rakan sekelasku. Tanpa kusedari aku telah diperhatikan sejak hari pertama masuk ke kelas. Dia begitu bersungguh-sungguh untuk mengenaliku sehinggakan sanggup curi-curi mendapatkan no telefonku. Jujur aku katakan pada waktu itu, aku tidak berminat untuk kenal rapat dengan mana-mana lelaki, apatah lagi rakan sekelasku. Sehinggakan aku merasa rimas dan tertekan dengan desakan demi desakan untuk berkenalan. Aku pernah menelefon mak di kampung dan menangis sambil menjelaskan seorang lelaki selalu menggangu aku di sini. Pada waktu itu, mak meminta no telefonnya untuk mak sendiri menghubunginya. Tapi aku tak sampai hati untuk melibatkan mak dalam hal ini.
Kehidupan sehari-hari ke kelas, aku akan diekori malah kedudukan dalam kelas juga sentiasa sebaris denganku. Aku lebih selesa memilih tempat duduk yang paling hujung dan jauh darinya. Kawan-kawan yang rapat dengan aku selalu membantu aku mengelak daripada bertembung dengannya. Apabila ada aktiviti pembelajaran dalam kumpulan, aku turut berdoa supaya tidak satu kumpulan dengannya. Begitu sekali aku ingin mengelak. Mana tidakknya sehingga pakaian apa yang aku pakai hari-hari ke kelas pun diketahuinya, Sehinggalah pada satu hari aku mengambil keputusan untuk melakukan solat istikharah samada membuka hati ini untuk mengenali dia lebih rapat atau tidak. Alhamdulillah selepas itu, aku lebih tenang dan terangkan pada dia aku boleh menganggapnya sebagai kawan tapi tidak lebih dari kawan sekelas.
Pada tahun 3 dan tahun akhir, aku dan dia semakin rapat tanpa disedari. Pada hari konvokesyen kami, keluarga kami dipertemukan dan itulah pertama kali aku bertemu dengan keluarganya. Setelah habis belajar, dia terus mencari pekerjaan. Aku pula menyambung pelajaran ke peringkat master. Semasa aku masih belajar, mak menyuarakan hasrat untuk menjodohkan aku dengan anak kepada rakan baiknya yang telah lama terpisah. Aku cuba menolak dan menyatakan aku sudah ada kawan yang kukenali. Pada waktu itu, mak masih ragu-ragu dengan pilihanku memandangkan tidak pernah mengganggap serius perkenalan kami. Setelah didesak, akhirnya dia datang juga ke rumah aku untuk bertemu dengan mak dan abah aku untuk menunjukkan dia memang bersungguh dengan perhubungan kami. Tidak lama selepas itu, keluarganya menghantar rombongan meminang. Aku dan dia bertunang pada awal tahun 2009. Disebabkan aku masih belajar, kami diikat selama setahun lebih sebelum bernikah pada 4 Jun 2010.
Ya, 4 tahun kami telah diijabkabulkan dan berbagai dugaan dan rintangan telah dilalui. InsyAllah, kami bukan lagi berdua bertiga atau berempat tapi bakal berlima pada tahun hadapan. Bila dikenangkan saat manis begini, membuatkan aku tersenyum semula. Banyak kenangan pahit manis sepanjang perkenalan kami sebelum disatukan. Yang pahit dijadikan tauladan, yang manis dijadikan ingatan.

I love you and I miss you so much!
I miss you so much too sayang...
ReplyDelete