040813 Tarikh Kelahiran Hasif

Alhamdulillah, Hasif telah genap setahun pada hari raya tahun ini. Sambutan hanya dilakukan secara sederhana di rumah tok & wan di Kedah. Cukuplah sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan. Moga Hasif membesar menjadi anak yang sihat dan cerdas. Jadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama dan ibubapa. Bila Hasif dah besar nanti, bacalah catatan umi ini untuk kenangan.

Setahun yang lalu, Hasif dilahirkan dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat dan berkat. Dua hari sebelum itu, umi telah membuat pemeriksaan di hospital KPJ Puteri Johor Bahru sebelum pulang ke kampung halaman. Semasa pemeriksaan vaginal, telah ada bukaan kecil. Tetapi Dr tetap membenarkan umi keluar untuk pulang berhari raya kerana Dr menjangkakan umi akan bersalin sehari selepas hari raya.

Selepas pulang ke kampung abi di Trolak, Perak, umi masih sempat berbuka dan bersahur bersama atuk dan opah. Tetapi rasa sakit makin terasa pada pagi 26 Ramadhan, iaitu selepas sahur. Mulanya umi hanya berbaring dengan harapan sakit akan berkurang. Tapi makin lama kiraan kotraksi semakin kerap. Umi terus maklumkan pada abi dan umi nak balik segera ke Kedah. Lebih kurang jam 10 pagi, kami bergerak pulang ke Kedah dengan harapan umi masih sempat menjenguk wan di hospital. Pada ketika itu, wan baru sahaja selesai menjalani pembedahan tulang pada bahagian tengkuk.

Perjalanan yang singkat terasa sangat jauh. Apatah lagi bila diselang seli dengan kontraksi yang semakin kuat. Pada waktu itu, umi dah tak hiraukan abang Hadif yang berada di tempat duduk belakang. Sampaikan dia menangis dan tertido di bahagian bawah tempat kaki di bahagian belakang. Keletihan selepas tumpahkan air milo dalam kereta abi. Bila dikenang tersenyum umi dengan gelagat abang Hadif pada waktu itu.

Dalam pukul 12.30 tengahari, kami sudah sampai di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Umi sempat minum air kotak Hadif dengan niat berbuka puasa supaya umi ada tenaga untuk meneran sebentar lagi. Apabila sampai sahaja di Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh, umi terus disorong masuk ke bilik bersalin. Hanya umi seorang sahaja pada waktu itu. Setelah diperiksa, bukaan telah 8cm. Ya Allah, dah semakin hampir. Tak sampai 10 minit, Dr. Hanita masuk ke bilik bersalin untuk bersedia menyambut kelahiran.

Alhamdulillah, dalam dua kali cubaan umi meneran, Hasif selamat dilahirkan pada 1.12 petang dan turut diiiringi dengan alunan azan zuhur. Pengalaman kali kedua sangat berharga apabila abi dapat menemani umi sepanjang proses bersalin. Dalam kalut-kalut tu, abang Hadif ditinggalkan sebentar dengan keluarga pesakit lain di luar bilik bersalin. Syukur dipermudahkan proses bersalin pada kali ini.






Sambutan Hari Lahir Hasif di taska

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Anak ke-6

Kelahiran anak ke-5

Apa itu Allergic Rhinitis?