Posts

Showing posts from 2014

Saat Perkenalan Kami

Image
Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar anak-anak ke taska, aku terasa begitu syahdu dan sayu. Teringatkan suami nun jauh di perantauan. Hati ini terasa begitu rindu yang tak dapat digambarkan apatah lagi untuk diluahkan dengan kata-kata. Malah saat aku menulis ini, airmata tetap mengalir tanpa mampu diseka lagi. Hanya Allah yang mengetahuinya. Moga rindu ini beroleh pahala dariNya. Kebetulan dalam perjalanan tadi, aku memasang radio IKIMfm. Nasyid yang diputarkan selepas slot Motivasi Pagi tadi telah membuatkan aku terimbau kembali kenangan ketika pertama kali mengenali suamiku yang kucintai kini. Ya Allah begitu mendayu-dayu dan meruntun jiwa ritmanya. Terkenangkan peristiwa 10 tahun yang lalu. Aku ditakdirkanNya bertemu dan mengenali si dia (suamiku kini) ketika belajar di UTM. Dia merupakan rakan sekelasku. Tanpa kusedari aku telah diperhatikan sejak hari pertama masuk ke kelas. Dia begitu bersungguh-sungguh untuk mengenaliku sehinggakan sanggup curi-curi men

Imbas Kenangan Kelahiran Hadif 25042011

Image
Pagi 25 April 2011, seperti biasa umi bangun menunaikan solat subuh. Tapi perut umi terasa memulas-mulas dan berulang beberapa kali ke bilik air. Jam 7.00 pagi, umi terima panggilan daripada abi dan mengadu yang abi terasa malas nak pergi kerja pada hari ini. Belum sempat bersarapan, seisi rumah dikejutkan dengan jeritan umi kerana turun darah. Sebelum bertolak ke hospital, umi sempat telefon abi dan bersiap-siap apa yang patut. Patut la abi terasa malas nak pergi kerja, rupanya hari ni abi terpaksa balik kampung segera sebab umi nak bersalin. Dalam perjalanan ke hospital, umi sempat menjamah sedikit bihun goreng tok dan juga beberapa biji kurma untuk bekalan tenaga. Tepat 8.15 pagi, umi sampai di Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh dan terus diminta masuk ke bilik bersalin. Umi diberikan ubat untuk buang air besar dan diperiksa bukaan rahim telah terbuka 3 cm. Selepas itu, umi diminta untuk berehat di bilik yang disediakan. Sakit yang umi rasa mulai kerap dan umi t

040813 Tarikh Kelahiran Hasif

Image
Alhamdulillah, Hasif telah genap setahun pada hari raya tahun ini. Sambutan hanya dilakukan secara sederhana di rumah tok & wan di Kedah. Cukuplah sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan. Moga Hasif membesar menjadi anak yang sihat dan cerdas. Jadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama dan ibubapa. Bila Hasif dah besar nanti, bacalah catatan umi ini untuk kenangan. Setahun yang lalu, Hasif dilahirkan dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat dan berkat. Dua hari sebelum itu, umi telah membuat pemeriksaan di hospital KPJ Puteri Johor Bahru sebelum pulang ke kampung halaman. Semasa pemeriksaan vaginal, telah ada bukaan kecil. Tetapi Dr tetap membenarkan umi keluar untuk pulang berhari raya kerana Dr menjangkakan umi akan bersalin sehari selepas hari raya. Selepas pulang ke kampung abi di Trolak, Perak, umi masih sempat berbuka dan bersahur bersama atuk dan opah. Tetapi rasa sakit makin terasa pada pagi 26 Ramadhan, iaitu selepas sahur. Mulanya umi hanya berbaring dengan

Apa itu Allergic Rhinitis?

Image
Anak-anak merupakan anugerah terindah. Mereka membawa kebahagian dan kegembiraan. Tapi apabila mereka sakit, maka umi dan abilah, insan yang paling risau. Kalaulah kesakitan itu boleh dipindahkan, pasti umi dan abi sanggup menanggungnya. Kedua-dua anakku ditakdirkan mewarisi penyakit resdung abinya. Atau pun allergic rhinitis . Mereka berkemungkinan sensitif pada habuk, suhu ataupun dipengaruhi pemakanan. Hadif mula menunjukkan tanda-tandanya apabila berusia setahun lebih. Apabila dia telah putus susu badan. Hampir setiap bulan, Hadif akan selsema, batuk berkahak dan muntah setiap malam. Hal ini berlaku disebabkan pada waktu malam, cuaca adalah sejuk. Semakin meningkat usia, antibodi Hadif semakin kuat. Aku amat bersyukur. Tapi keadaan itu diganti pula dengan Hasif. Hasif terlalu mudah terkena selsema, sehingga mebuatkan dia sukar bernafas disebabkan kahak dan hingus yang pekat. Hasif telah menghidap selsema seawal usia sebulan. Masa itu, aku masih dalam pantang. Hasif telah

#DoakanGaza

Image
*******

Berjauhan...

Image
Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) adalah sangat sinonim denganku sejak berumahtangga. Di awal perkahwinan, aku dan suami terpaksa tinggal berjauhan atas faktor kerjaya. Pada waktu itu, aku bertugas di Skudai, Johor, manakala suami pula bertugas di Kuantan, Pahang. Hampir dua tahun kami berjauhan sebelum suami dapat kerja di Pasir Gudang. Itu pun setelah anak sulung kami (Hadif) berusia setahun. PJJ ini banyak memberikan pengalaman berharga buatku dari sisi positif dan negatif. Pengalaman mengandung tanpa suami di sisi begitu mencabar emosi dan perasaanku. Tetapi, pengalaman itulah membuatku berdikari dan kuat melalui dugaan lain. Ya..Dia pasti tahu hikmah di sebalik kehidupan yang telah diaturkan buat hambaNya. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pasti tidak akan memberikan ujian yang di luar kemampuan hambaNya. " Ujian itu tanda kasih sayangNya ". Setelah enam bulan tinggal sebumbung, kami mendapat khabar gembira apabila aku disahkan mengandung anak kedua. Alhamduli

Permata Hati

Image
Permata hatiku Hadirmu membawa sinar dalam hidupku Membawa keserian dalam duniaku Melengkapkan seri rumahtanggaku Permata hatiku Hadirmu membawa tuah Tanpamu hilanglah ceria hidupku Hadirmu mengenalkanku erti kasih sayang Hadirmu menerapkan nilai keibuan Hadirmu kadang bersama duka Tanpamu tempanglah hidupku Hadirmu mengenalkanku erti pengorbanan Hadirmu jua menerapkan nilai ketabahan Permata hatiku Engkaulah ratu hatiku Membesarmu di depan mataku Kerenahmu menghilangkan penatku Keletahmu menceriakan hidupku Permata hatiku Andainya satu hari nanti Aku tiada lagi di sisimu Harungilah hidupmu Dengan bekalan dunia dan akhirat Agar engkau sentiasa beringat Aku hanya ibu biasa Punya impian kau jadi insan berguna Berbakti kepada nusa dan agama Moga jadi hambaNya yang berjasa Permata hatiku Doaku sentiasa mengiringimu Permata hatiku Engkaulah penawar duka dan senduku