Apa itu Allergic Rhinitis?
Anak-anak merupakan anugerah terindah. Mereka membawa kebahagian dan kegembiraan. Tapi apabila mereka sakit, maka umi dan abilah, insan yang paling risau. Kalaulah kesakitan itu boleh dipindahkan, pasti umi dan abi sanggup menanggungnya. Kedua-dua anakku ditakdirkan mewarisi penyakit resdung abinya. Atau pun allergic rhinitis. Mereka berkemungkinan sensitif pada habuk, suhu ataupun dipengaruhi pemakanan. Hadif mula menunjukkan tanda-tandanya apabila berusia setahun lebih. Apabila dia telah putus susu badan. Hampir setiap bulan, Hadif akan selsema, batuk berkahak dan muntah setiap malam. Hal ini berlaku disebabkan pada waktu malam, cuaca adalah sejuk. Semakin meningkat usia, antibodi Hadif semakin kuat. Aku amat bersyukur.
Tapi keadaan itu diganti pula dengan Hasif. Hasif terlalu mudah terkena selsema, sehingga mebuatkan dia sukar bernafas disebabkan kahak dan hingus yang pekat. Hasif telah menghidap selsema seawal usia sebulan. Masa itu, aku masih dalam pantang. Hasif telah dimasukkan ke hospital disebabkan selsema dan demam yang tinggi. Keadaan itu amat berbahaya bagi bayi yang masih kecil. Dr. mendiagnos penyakitnya sebagai bronchoneumonia. Seusia itu, Hasif telah dimasukkan tiub ke hidung dan mulut bagi menyedut keluar kahak dan hingusnya. Setiap kali prosedur itu dilakukan, pasti akan melukakan dinding di sepanjang salur pernafasan dia. Ya Allah, pastinya itu amat memeritkan hati umi yang terpaksa melihatnya. Sekarang, hampir setiap bulan kami akan menjadi pengunjung dan tetamu tetap ke klinik dan juga hospital.
Ketika Hasif berusia sebulan di HSAH, Sg Petani.
APAKAH ALLERGIC RHINITIS?
Alahan pada hidung juga dikenali sebagai allergic rhinitis.
Sebab-sebab alahan tersebut adalah bahan-bahan yang terdapat dalam
udara seperti debunga, habuk, kulapuk, makanan tertentu seperti udang,
ketam dan sotong, hama dan bulu haiwan (kucing dan anjing).
Bahan alergi menggalakkan sel darah putih merembeskan
histamin ke dalam aliran darah. Ini menyebabkan cecair dalam darah
keluar ke dalam tisu di rongga hidung dan menyebabkannya tersumbat.
APAKAH TANDA-TANDA DAN SIMPTOMNYA?
- Bersin
- Gatal hidung, tekak, telinga dan mulut
- Selesema dan/atau hidung tersumbat
- Mata merah, berair, gatal dan sembab
- Deria bau dan rasa yang kurang baik
- Pengumpulan lendir dalam tekak, menyebabkan batuk
BILAKAH ANDA PERLU MENGHUBUNGI DOKTOR?
Dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami sebarang simptom berikut. Ia mungkin menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman.
- Peningkatan suhu badan
- Sakit telinga
- Pembengkakan kelenjar pada leher
- Terdapat rembesan cecair berwarna kuning daripada hidung atau mata
- Sesak nafas atau nafas berbunyi
- Batuk yang berterusan
Selain itu, Hasif juga pernah dijangkiti Otitis Media, iaitu jangkitan di bahagian tengah telinga. Dalam masa beberapa bulan sahaja, telinga Hasif berulang bernanah. Keadaan ini berlaku disebabkan selsema yang berpanjangan. Keadaan salur telinga dan hidung kanak-kanak adalah sama paras. Oleh itu, mereka memang mudah dijangkiti penyakit ini. Sebagai solusinya, Doktor Pakar ENT mencadangkan untuk measukkan satu tiub kecil sebagai saluran nanah keluar. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan bengkak dan nanah di dalam telinagnya pecah dan seterusnya menjejaskan gegendang telinga Hasif. Prosedur itu hanya memerlukan menginap di hospital selama 1 hari bagi pemantauan selepas rawatan.
Ketika prosedur memasukkan tiub ke dalam telinga di CAH Nusajaya.
Umi dan abi doakan moga anak-anak kami sentiasa sihat dan ceria. Semua penyakit yang dihadapi ini merupakan asbab untuk umi dan abi mendekatkan diri padaNya. Hanya dialah penyembuh segala penyakit.
SELAWAT SYIFA'
Abi sayang anak2 abi...abi rindu anak2 abi ngn umi...abi doakan semoga anak2 abi dan umi sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lindungan Allah...
ReplyDelete