Posts

Pengalaman Bersalin Anak ke-6

Image
Untuk kelahiran yang ke-6 ini, aku masih memilih untuk bersalin bersama Dr Rohaini Jonit di Colombia Asia Nusajaya Hospital. Temujanji pertama aku adalah pada 1 Julai 2020 untuk check up 33 minggu. Seterusnya, temujanji kedua pula pada 22 Julai 2020, untuk check up 36 minggu. 22 Julai juga merupakan hari pertama persekolahan anak-anak dibuka semula selepas perlaksanaan PKP di Malaysia disebabkan penularan pandemik Covid-19.  Oleh itu, pada pagi 22 Julai, selesai menghantar anak-anak ke sekolah, aku terus menuju  ke hospital untuk temujanji.  Pagi itu, perut aku sudah mula rasa tidak selesa dan berulang kali ke tandas kerana cirit birit. Semasa scan, berat baby dianggarkan 3.2 kg dan Dr cakap aku sudah bersedia untuk bersalin. Disebabkan pengalaman sebelum ini, tanda-tanda bersalin aku adalah cirit birit juga, jadi Dr Rohaini telah mengambil keputusan untuk check bukaan aku. Tak sangka, rupanya bukaan aku telah 3-4 cm. Dr masih benarkan aku pulang pada hari tersebut dan perlu segera ke

Dalam kenangan dari Malaysia terbang ke Abu Dhabi...

Alhamdulillah aku berpeluang menjejakkan kaki di bumi UAE, apabila suami ditawarkan bekerja di Ruwais, Abu Dhabi. Sudah lama sebenarnya aku berhasrat untuk ke luar negara. Sejak aku tamat sekolah menengah, aku menyimpan cita-cita untuk belajar di luar negara. Tapi mak keberatan mahu melepaskan aku pada ketika itu. Masih kuingat, waktu itu, aku dan abah berpakat senyap-senyap mengisi borang permohonan JPA bagi pengajian luar negara. Tapi apabila aku dipanggil temuduga, mak begitu berat hati membenarkannya. Jadi aku hanya menyambung belajar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang seterusnya ke UTM Skudai. Siapa sangka aku berpeluang ke sini selepas berumahtangga. Apa yang aku lihat, makin jauh kita merantau, lebih terbuka pemikiran kita. Banyak budaya yang kita pelajari. Lebih ramai sahabat yang kita bertemu. Apa yang baik diambil dijadikan tauladan. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Hal ini banyak mematangkan diri aku dan suami dalam mengharungi kehidupan ini. Moga rumah tangga kami sentia

Kelahiran anak ke-5

Kali ini, aku ingin kongsikan pula pengalaman bersalin anak yang kelima. Setiap anak, pengalaman bersalinnya berbeza-beza. Jika dulu anak pertama, kedua & keempat, aku bersalin di Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh. Yang ketiga bersalin di Ruwais Hospital, Abu Dhabi. Tapi kali ini, pengalaman pertama aku bersalin & berpantang di Johor. Kami telah memilih Colombia Asia Nusajaya Hospital dengan Dr Rohaini kerana Dr perempuan dan berdekatan dengan rumah (jarak perjalanan dalam 15 minit dari rumah). Aku mula rutin maternity check up dengan Dr Rohaini semasa usia kandungan 33+ minggu. Sebelum itu, hanya check up di klinik panel UTM, Klinik Keluarga kerana berdekatan dengan tempat kerja. Ikutnya temujanji kedua bersama Dr Rohaini telah ditetapkan pada 27/12/2018. Memandangkan bermula 18 - 25/12/2018 Dr Rohaini bercuti. 24/12/2018 Pada hari ini, aku dah mula terasa mengah & cepat letih apabila terpaksa menaiki tangga office yg berada di tingkat 3. Hati dah terdetik unt

Lagu istimewa untukku

Hati perempuan sememangnya mudah tersentuh. Tambah-tambah lagi, kalau dikarangkan sebuah lagu untuk dirinya. Terasa romantiknya tu, terbang terawang-awang di langit biru. hihi.. Tarikh 14/12/2017 menjadi saksi, bila pertama kali suamiku mengirimkan satu lagu untuk isterinya menghayati dan ditujukan isinya istimewa buat diri ini. Jadi sebagai kenanganku, lagu ini kuabadikan di sini. Buat suamiku, terima kasih untuk kiriman lagunya. Liriknya terlalu indah. Betapa indah jika abang sendiri yang nyanyikannya untuk isteri abang ini. Virgoun - Surat Cinta Untuk Starla Ku tuliskan kenangan tentang Caraku menemukan dirimu tentang apa yang membuatku mudah Berikan hatiku padamu Takkan habis sejuta lagu Untuk menceritakan cantikmu Kan teramat panjang puisi Tuk menyuratkan cinta ini Chorus: Telah habis sudah cinta ini Tak lagi tersisa untuk dunia Karena telah ku habiskan Sisa cintaku hanya untukmu.. Aku pernah berfikir tentang Hidupku tanpa ada dirimu Dapatkah lebih indah

Selamat Hari Lahir buat Suamiku 14 Feb

Image
Wahai suamiku yang tersayang, Umur ini hanyalah angka yang mengingatkan kita akan dekatnya kematian dan betapa hampirnya kita menemui pencipta kita.. Ayang doakan.. Moga dengan bertambahnya usia abang ini, Menjadikan abang orang yang lebih baik dan makin bertambah amalannya. Ya Allah Ya Tuhanku, Setiap titis keringat dan kepenatan yang suamiku lalui dalam mencari rezeki yang halal, kau terimalah ia sebagai sedekah dan menjadi pahala yang dihitung nanti. Wahai suamiku, abi kepada anak-anakku, Kami semua sentiasa sayangkan abang. Moga kasih sayang kita akan tetap utuh keranaNya. Selamat Hari Lahir yang ke-33...

Selamat Hari Lahir ke-3 untuk putera ke-3

Image
[19 Januari 2018] Selamat hari lahir yang ke-3 untuk abang hensem sorang ni..satu-satunya anak umi yang dilahirkan di Ruwais, Abu Dhabi. Sebelum bersalin, umi sempat makan nasi arab (lahm mandi). Lahirnya pula elok-elok abi selesai solat subuh dan hujan lebat masa tu di Ruwais.  Doakan hanif membesar menjadi anak yg soleh dan berbakti kpd agama & bangsa. Gambar terkini hanif botak dek angkara abang Hadif nak tunjuk skill potong rambut adik. Akhirnya ke kedai juga, terpaksa dibotakkan. huhu.. Nasib baik lagi hensem abang hanif bila botak. hihi..  Tempahan kek kali ini istimewa dari Cakes by Rosza Rozali, bertemakan zoo dan binatang liar. Kek rainbow menjadi pilihan kerana abang Hadif mahukan kelainan dari kebiasaan kek yang pernah dia makan. Umi harap abang Hanif suka dengan deko kek ini. Sederhana aje sambutan kali ini di rumah. InsyAllah, esok abang Hanif akan sambut bersama teacher dan kawan-kawan di taska.

Fakta menarik awal persekolahan Hadif

Image
Alhamdulillah minggu ini memasuki minggu ke-4 sesi persekolahan Hadif di Tahun 1. Sudah lama memendam rasa untuk aku menceritakannya di sini. Dengan besar harapan, ia menjadi catatan untuk Hadif lihat di kemudian hari. Umi dan abi telah cuba melakukan yang terbaik untuk Hadif. Pengalaman pertama sebagai ibubapa yang menguruskan anak ke Tahun 1, bukan la satu perkara yang mudah. Selain membuat persediaan wang ringgit bagi membeli keperluan sekolah, kami juga perlu bersedia emosi dan ilmu psikologi dalam berdepan dengan situasi-situasi anak melalui suasana baru. Ditambah pula 2 minggu sebelum sesi persekolahan bermula, Hadif melalui proses berkhatan. Dalam keadaan jahitan luka yang belum sepenuhnya sembuh, membuatkan kami agak risau dan panik juga. Fakta pertama: Menangis Kami, suami isteri memang dah menjangkakan Hadif akan menangis. Hadif memang agak manja dan rapat dengan abi. Pengalaman abi tinggalkan dia jauh dek kerana tuntutan kerja, membuatkan dia agak fobia bila kami tia