Dalam kenangan dari Malaysia terbang ke Abu Dhabi...
Alhamdulillah aku berpeluang menjejakkan kaki di bumi UAE, apabila suami ditawarkan bekerja di Ruwais, Abu Dhabi. Sudah lama sebenarnya aku berhasrat untuk ke luar negara. Sejak aku tamat sekolah menengah, aku menyimpan cita-cita untuk belajar di luar negara. Tapi mak keberatan mahu melepaskan aku pada ketika itu. Masih kuingat, waktu itu, aku dan abah berpakat senyap-senyap mengisi borang permohonan JPA bagi pengajian luar negara. Tapi apabila aku dipanggil temuduga, mak begitu berat hati membenarkannya. Jadi aku hanya menyambung belajar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang seterusnya ke UTM Skudai.
Siapa sangka aku berpeluang ke sini selepas berumahtangga. Apa yang aku lihat, makin jauh kita merantau, lebih terbuka pemikiran kita. Banyak budaya yang kita pelajari. Lebih ramai sahabat yang kita bertemu. Apa yang baik diambil dijadikan tauladan. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Hal ini banyak mematangkan diri aku dan suami dalam mengharungi kehidupan ini. Moga rumah tangga kami sentiasa diberkatiNya.
Pada Jun 2014, suami yang bertolak seorang diri ke sana terlebih dahulu. Tinggal kami 3 beranak di Malaysia. Kemudian, pada bulan November 2014 barulah kami semua ke sana. Masih kuingat, waktu itu di UAE, sedang dalam pertukaran musim ke musim sejuk. Jadi aku bertemu hujan yang berkunjung hanya sekali setahun itu. Alhamdulillah terubat rindu hujan di bumi Malaysia. Awalnya di sana, kami masih tiada kenderaan dan hanya menggunakan kenderaan awam di sana iaitu bas atapun lebih popular dipanggil coaster di sana. Dengan coaster itulah kami bergerak ke Ruwais Mall, ke Fish Market, ke Central dan juga ke Ruwais Hospital. Merasa la perasaan seorang perantau di negara orang. Susah payah mengejar bas yang kadang kala terlepas juga jadualnya dan terpaksa naik teksi ataupun prebet sapu. Jika bernasib baik, bertemulah dengan orang yang sudi menumpangkan kami sekeluarga ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah moga beroleh pahala dalam membantu kami pada waktu itu.
Belum lagi, cerita bab makanan. Memandangkan Malaysia terkenal dengan syurga makanan, pastinya bila berjauhan begini, makanan lah yang menjadi igauan. Jadi bagi melepaskan rindu pada makanan kegemaran, mahu tak mahu, aku terpaksa belajar memasak. Ada juga orang Malaysia di sana yang mengambil kesempatan untuk berniaga. Jadi bertuahlah aku dapat memesan dan menikmatinya. Untuk mencari restoran Malaysia, kami perlu pergi ke Dubai untuk mendapatkannya. Perjalanan yang perlu diambil dalam 3 jam. Masakan Indonesia boleh sahaja dinikmati di Abu Dhabi. Itu pun sudah memenuhi citarasa kami. Tambahan pula, aku dan suami bukan lah cerewet sangat bab makanan ini, jadinya kami menikmati hampir semua sahaja jenis makanan. Di antara pencuci mulut arab yang disukai adalah umm ali dan juga kunafa. Nasib baik apabila sudah pulang ke Malaysia, restoran-restoran Arab yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan di sini ada menyediakannya.
Momen paling gembira adalah bersama-sama komuniti Malaysia di sana meraikan pelbagai sambutan, seperti hari raya, hari lahir, potluck dan perjumpaan santai di tepi pantai atau taman yang pasti menggamit memori dan kerinduan pada sahabat-sahabat di sana. Mereka umpama saudara yang tak seibu dan tak sebapa. Keakraban ini mengubat kerinduan kami semua pada kampung halaman sebenarnya. Sahabat-sahabat inilah yang banyak membantu ketika susah dan bersama ketika senang. Bertukar-tukar juadah,resepi dan tips memeriahkan lagi perhubungan yang baru terjalin ini. Malah, silaturahim ini bukan sekadar bersama rakan senegara, sahabat yang berasal dari negara lain seperti Indonesia, India, Filipina dan sebagainya, memberikan banyak kenangan kepada aku.

Comments
Post a Comment