Muhasabah Pagi : "Cinta kerana Allah"

Allah itu Maha Mengetahui. Di kala kita menghadapi masalah, didatangkannya mesej dan teguran itu dalam pelbagai bentuk. Apa yang nak disampaikan itu sampai tepat menyentuh perkara yang kita lalui. Allah Maha Hebat. Subhanallah.

Pagi ini, Motivasi Pagi di Radio IKIM disampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim. MasyAllah, suaranya saling tak tumpah dengan arwah Ustaz Asri. Topik yang disentuh juga menjentik hati ini. "Cinta kerana Allah". Pertamanya, apa tanda Allah cintakan kita. Huhu..banyak sungguh tanda cinta-Nya yang dia kurniakan pada kita, yang kita tak mahu menyedarinya. Keduanya, apa pula tanda cinta kita kepada-Nya..Terasa menitis airmata ini, apa yang kita lakukan dan laksanakan bagi menunjukkan tanda cinta kita kepada Dia.

Terimbas semula perbualan semalam aku dan suami ketika menjamu selera. Aku terasa diri ini tidak dihiraukan oleh saudara dan keluarga. Dari zaman belajar sehingga mencari rezeki dan kini mempunyai keluarga, aku jauh daripada mereka. Aku ditakdirkan hidup merantau. Di waktu aku susah dan sedih, tiada siapa yang tahu. Memang rasa "down". Kadang cemburu dengan sahabat yang punyai keluarga yang dekat untuk diziarahi. Tatkala ada masalah, ada adik-beradik yang membantu. Tetapi aku, hanya mampu memendam perasaan ketika bersedih dan sendirian mencari jalan penyelesaian tatkala ditimpa masalah.

Apa kaitan semua ini dengan cinta kerana Allah. Adakah aku mencintai saudara dan keluargaku kerana Allah. Hakikatnya, aku lebih mengharapkan cinta dunia dan cinta manusia. Misalnya, aku terlalu mencintai suami. Tatkala Allah palingkan cintanya daripada aku sebagai isterinya, aku pasti akan marah dan kecewa. Pasti ada dendam dan seumpamanya. Jadinya, aku perlu ubah "mindset" aku, segalanya yang aku cintakan di dunia ini adalah kerana Allah. Oleh itu, jika mereka mengecewakan aku, aku masih ada Allah. Allah tak pernah mengecewakan hamba-Nya.

Lagi satu,

"Life is really simple. What we give out, we get back. Every thought we think is creating our future".

Kesimpulannya, apa yang kita berikan pada orang lain, itulah yang akan kita dapat. Jadinya, sentiasa fikir positif. Cinta orang lain kerana Allah, pasti mereka juga begitu. Buat baik pada orang, pasti mereka juga begitu pada kita. Ambil berat hal mereka, pasti mereka juga begitu. Sentiasa fikir positif. InsyAllah kehidupan kita lebih baik.





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Anak ke-6

Kelahiran anak ke-5

Apa itu Allergic Rhinitis?