Kelahiran yang ditungu-tunggu
Alhamdulillah pada 3 Julai 2016, aku dianugerahkan seorang lagi cahaya mata. Kali ini, kehadirannya dinantikan oleh aku, suami dan 3 orang abangnya. Kelahirannya menyerikan lagi keluarga kecil kami. Syukur kehadratNya dengan nikmat yang Engkau berikan ini, satu-satunya anak perempuan yang aku miliki. Ya Allah, Engkau jadikanlah cahaya mataku ini seorang anak yang solehah. Hakikatnya, pada awal kehamilan, aku mengalami kemurungan disebabkan ketidaksediaan aku menerima kehamilanku. Siapa sangka di dalam kesedihan itu, Dia hadirkan kegembiraan.
Pada pagi ahad bersamaan 28 Ramadhan, aku sepatutnya ada temujanji doktor untuk pemeriksaan 37 minggu. Tak disangka bila doktor sahkan bukaan rahim aku telah 3 cm. Oleh itu, doktor minta aku terus lapor diri di wad. Disebabkan aku berpuasa hari itu, aku minta untuk pulang ke rumah untuk berbuka puasa. Sebelum pulang, aku sempat singgah ke Karnival Raya di Dewan Kenangan (SP) untuk menukar saiz jubah Mak yang aku tersalah beli semalamnya.
Setelah makan nasi bersama sup ayam, solat dan bersiap seadaanya, aku pun bertolak semula ke hospital untuk lapor diri. Aku masuk ke wad lebih kurang jam 4 petang hampir ke waktu asar. Selepas azan asar, aku terus bersolat. Setelah selesai solat, jururawat datang memasang mesin ctg di perut bagi memantau keadaan bayi. Doktor juga memberi tips supaya aku stimulasi puting susu bagi mempercepatkan kontraksi rahim.
Keadaan makin kalut, apabila kontraksi semakin kerap dan kuat tatkala menghampiri waktu maghrib dan bukaan rahim baru 5 cm. Suami minta aku bertahan untuk memberi laluan dia dan jururawat berbuka puasa dan solat maghrib terlebih dahulu. Dalam jam 8.30 malam, aku disorong masuk ke bilik bersalin.
Begitu lama kurasa menahan sakit di dalam bilik bersalin untuk menunggu bukaan rahim 10 cm. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kesakitan yang ditanggung. Segala zikir dan doa nabi yunus dilafazkan. Tak lupa jugak seorang jururawat senior yang turut berzikir sambil mengurut perutku dan mendoakan moga kelahiran aku dipermudahkan. Sejuk perut rasa bila diperlakukan begitu. Hilang sebentar kesakitan yang ditanggung.
Tepat jam 9.08 malam, lahirlah seorang bayi perempuan, yang kami namakan Naila Husna Imani bin Mohd Nurhazuan, dengan berat 3.25 kg di Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh.

Comments
Post a Comment