Untuk kelahiran yang ke-6 ini, aku masih memilih untuk bersalin bersama Dr Rohaini Jonit di Colombia Asia Nusajaya Hospital. Temujanji pertama aku adalah pada 1 Julai 2020 untuk check up 33 minggu. Seterusnya, temujanji kedua pula pada 22 Julai 2020, untuk check up 36 minggu. 22 Julai juga merupakan hari pertama persekolahan anak-anak dibuka semula selepas perlaksanaan PKP di Malaysia disebabkan penularan pandemik Covid-19. Oleh itu, pada pagi 22 Julai, selesai menghantar anak-anak ke sekolah, aku terus menuju ke hospital untuk temujanji. Pagi itu, perut aku sudah mula rasa tidak selesa dan berulang kali ke tandas kerana cirit birit. Semasa scan, berat baby dianggarkan 3.2 kg dan Dr cakap aku sudah bersedia untuk bersalin. Disebabkan pengalaman sebelum ini, tanda-tanda bersalin aku adalah cirit birit juga, jadi Dr Rohaini telah mengambil keputusan untuk check bukaan aku. Tak sangka, rupanya bukaan aku telah 3-4 cm. Dr masih benarkan aku pulang pada hari tersebut dan perlu segera ke
Comments
Post a Comment