Anakku kesemuanya hero
Aku telah dikurniakan 3 orang anak lelaki. Dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan ini, masih belum ada rezeki memiliki anak perempuan. Tipulah jika dikatakan aku tiada keinginan walau sedikit. Semasa mengandungkan anak pertama, aku ada bermimpi aku bakal menimang anak lelaki. Alhamdulillah, kebetulan mimpi itu menjadi kenyataan. Dan setiap kali scan, memang terang lagi jelas anunya. Tambahan pula anak sulung, jadi soal jantina itu tidak dihiraukan sangat. Berita tentang kehamilan pun sudah cukup membuatkan diri ini teruja dan sangat bersyukur.
Tatkala tahu mengandungkan anak kedua, aku sangat berharap ianya adalah perempuan. Apatah lagi, ketika scan pada usia kandungan 5 bulan, doktor masih tidak dapat memastikan jantinanya. Apabila usia kandungan mencecah 7 bulan, aku dan suami memilih untuk scan 3&4D di Klinik Dr. Anis di Kempas. Ya Allah, masa ini memang jelas kelihatan ianya boboi lagi. Waktu ini ditemani suami, jadi masih tak terasa kekecewaannya. Lagipun kami masih muda dan masih ada masa untuk mengandung lagi anak perempuan lain kali.

Tibalah waktu mengandung yang ketiga. Semasa scan 5 bulan, doktor masih samar-samar kerana kurang jelas dan terselindung. Dalam hati sentiasa berdoa, moga kali ini aku dikurniakan anak perempuan pula. Disebabkan keinginan yang kuat, aku sentiasa menyimpan dan melihat foto bayi perempuan yang sangat comel. Moga-moga terkenan. Bulan berikutnya, aku minta doktor untuk scan sekali lagi. Kali ini aku ke klinik berseorangan disebabkan suami telah bekerja di Abu Dhabi.
Lama doktor cuba mencari anunya. Dengan ramah doktor bertanya, "Anak sebelum ini lelaki ke perempuan". Aku menjawab, "Dua-dua lelaki, doktor". Dalam hati sudah berdebar-debar menantikan jawapan doktor setelah mendiamkan diri agak lama. Akhirnya doktor bersuara, "Yang ini pun, insyAllah lelaki juga ni. Tapi awak tengok ni, jari kaki, jari tangan, anggota yang lain alhamdulillah sempurna. Awak masih muda, masih boleh lagi cuba lain kali untuk dapatkan anak perempuan." Ya, doktor seperti memahami perasaanku tatkala diberitahu anak lelaki lagi. Aku tak dapat menahan air mata waktu itu, menangis juga di hadapan doktor. Tapi, betul cakap doktor. Tak kisahlah anak lelaki atau perempuan, yang penting mereka dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna.

Setelah mendapat 3 orang anak lelaki, aku belajar satu perkara yang bermakna. Jantina anak itu tidak penting, yang penting bagaimana kita mendidik dan mencorakkan mereka. Satu masa nanti, apabila dewasa, anak-anak lelaki inilah yang akan menjaga umi. InsyAllah. Jika dibandingkan dengan insan lain yang telah lama mendirikan rumahtangga tapi masih belum dikurniakan cahayamata, aku masih bertuah dan patut bersyukur dengan kurniaanNya ini. Satu nikmat yang tidak boleh dipersiakan. Alhamdulillah dikurniakan 3 anak lelaki yang comel-comel belaka. Membuatkan aku dapat merasai menjadi seorang UMI. Mana tahu, selepas ini yang ke-4 dan yang ke-5 juga lelaki? Moga aku lebih redha dan bersyukur hendaknya.
Comments
Post a Comment