Kelahiran ke-3
Alhamdulillah, cahaya mataku yang ke-3 kini telah berusia 4 bulan. Baru saat ini aku berkesempatan mencatatkan pengalaman buat ingatanku di kemudian hari, insyAllah.
Peristiwa kelahiran ini bermula pada tanggal 18 Januari 2015. Hari tersebut aku telah pun membuat temujanji pemeriksaan rutin untuk minggu ke-38 kehamilan bersama Dr Emaan di Hospital Ruwais jam 2.30 petang. Keadaan menjadi agak panik, setelah Dr Emaan memaklumkan bukaan adalah 3cm. Sebenarnya, beberapa malam sebelum itu, tidur malamku sudah tidak nyenyak. Semua serba tidak kena dan tidak selesa. Selepas temujanji, Dr Emaan membenarkan aku pulang ke rumah dan datang semula ke hospital apabila kontraki semakin kerap dan konsisten.
Aku tidak terus pulang ke rumah tetapi menuju ke Gayathi bersama suami dan anak-anak untuk membeli nasi arab Ahal Al Bawadi Kitchen. Sempat la juga merasa nasi mandi sebelum berpantang. Waktu itu, aku mengambil kesemapatan menelefon mak abah di Malaysia untuk memohon maaf dan minta mereka mendoakan kelahiran kali ini dipermudahkan. Jam 4.30 petang, aku pulang ke rumah bagi menguruskan keperluan sebelum ke hospital. Aku sempat mengemas barang-barang Hadif dan Hasif untuk dihantar ke rumah jiran yang juga dari Malaysia. Alhamdulillah, walaupun baru berkenalan beberapa minggu, ada yang sudi membantu menjaga mereka berdua.
Usai menunaikan solat isyak berjemaah bersama suami, kami pun bertolak ke hospital. Syukur, kebetulan pada waktu itu, suami menyewa sebuah kereta bagi memudahkan pergerakan kami sejak beberapa hari sebelumnya. Suami pula baru sahaja memperolehi lesen kereta dan belum berkesempatan membeli kereta. Subhanallah, aturan Allah itu adalah yang terbaik. Kami sampai di hospital pada jam 8.30 malam. Sementara suami membuat pendaftaran, aku diminta masuk ke bilik saringan bagi pemeriksaan tekanan darah. Selepas itu, aku ditolak ke wad bersalin bagi membuat ctg dan juga pemeriksaan bukaan rahim. Ya Allah, pada waktu itu, bukaan masih lagi 3 cm. Tiba-tiba, jarak kotraksi mula tidak konsisten. Mungkin aku agak panik sejak petang tadi dan merasakan kontraksi kerap pada awalnya. Oleh itu, aku diminta masuk ke bilik persendirian sambil ditemani suami.
Usai menunaikan solat isyak berjemaah bersama suami, kami pun bertolak ke hospital. Syukur, kebetulan pada waktu itu, suami menyewa sebuah kereta bagi memudahkan pergerakan kami sejak beberapa hari sebelumnya. Suami pula baru sahaja memperolehi lesen kereta dan belum berkesempatan membeli kereta. Subhanallah, aturan Allah itu adalah yang terbaik. Kami sampai di hospital pada jam 8.30 malam. Sementara suami membuat pendaftaran, aku diminta masuk ke bilik saringan bagi pemeriksaan tekanan darah. Selepas itu, aku ditolak ke wad bersalin bagi membuat ctg dan juga pemeriksaan bukaan rahim. Ya Allah, pada waktu itu, bukaan masih lagi 3 cm. Tiba-tiba, jarak kotraksi mula tidak konsisten. Mungkin aku agak panik sejak petang tadi dan merasakan kontraksi kerap pada awalnya. Oleh itu, aku diminta masuk ke bilik persendirian sambil ditemani suami.
Ketika berada di dalam bilik, aku melakukan beberapa gerakan dan berjalan bagi mengalihkan rasa kesakitan tatkala kontraksi datang. Suami juga membantu mengurut belakang dan pinggangku. Sehingga jam 12 tengah malam, aku dan suami terlelap keletihan kerana seharian tidak sempat berehat. Jururawat ada datang menjenguk bagi memastikan aku dalam keadaan baik. Jururawat yang bertugas pada malam itu (seorang Filipina dan seorang Palestin) banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik untuk aku. Dia berkongsi pengalaman ketika dia bersalin. Setiap kali datangnya kontraksi dan menahan kesakitan, dia minta aku berdoa dan memohon diampunkan segala dosa serta dimudahkan proses bersalin. Dengan itu, kita dapat mengambil peluang ini merasakan diri lebih dekat dengan Allah disamping merasakan diri ini lebih hampir dengan maut. "Ya Allah, panjangkanlah umurku supaya aku masih berpeluang untuk berbakti kepada kedua ibubapaku".
Jam 5.30 pagi, jururawat sekali lagi datang dan memeriksa bukaanku. Pada waktu itu telah 6 cm dan aku ditolak masuk ke bilik bersalin. Semasa di bilik bersalin, air ketubanku dipecahkan dan ketika itu bermulalah kesakitan yang tak mampu diungkapkan setiap kali kontraksi datang. Bila tiada kontraksi, aku akan meneguk sedikit air (telah dibacakan yassin dan doa selusuh oleh suami) dan sebiji kurma supaya aku ada tenaga untuk meneran. Sambil itu, lidah tidak henti-henti berzikir dan berdoa moga dipermudahkan bersalin. Jam 6.00 pagi, suami keluar sebentar bagi menunaikan solat subuh, kemudian kembali semula menemaniku di bilik bersalin. Waktu itu, hujan turun dengan lebatnya membasahi tanah arab. Kesejukan dapat dirasai di bilik bersalin. Hampir menggigil kaki disamping menahan sakit. "Ya Allah, ringankanlah kesakitan yang aku alami ini dan permudahkan aku melahirkan anakku ini".
Tepat jam 7.32 pagi, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.51kg dengan panjang 51cm, diberikan nama, Muhammad Hanif 'Idlan. Bayi dibiarkan seketika sebelum dipotong tali pusat dan kemudian dibersihkan. Bayi tidak dimandikan sepertimana di Malaysia, katanya selepas 24 jam baru mereka akan mandikan bayi sebersihnya. Kemudian, bayi diberikan pada ibu untuk disusukan buat pertama kali. Bersalin kali ini, aku hanya mengalami koyakan yang sedikit berbanding sebelum ini, jadi, proses menjahit hanya sekejap sahaja. Selepas segalanya selesai, aku disorong kembali ke bilik untuk berehat dan bermulalah kehidupan sebagai ibu beranak 3 pula. "Ya Allah moga aku diberi kesabaran dan kekuatan membesarkan ketiga-tiga puteraku ini dan menjadikan mereka anak yang soleh dan hambaMu yang bertaqwa".
Comments
Post a Comment