Posts

Showing posts from January, 2018

Selamat Hari Lahir ke-3 untuk putera ke-3

Image
[19 Januari 2018] Selamat hari lahir yang ke-3 untuk abang hensem sorang ni..satu-satunya anak umi yang dilahirkan di Ruwais, Abu Dhabi. Sebelum bersalin, umi sempat makan nasi arab (lahm mandi). Lahirnya pula elok-elok abi selesai solat subuh dan hujan lebat masa tu di Ruwais.  Doakan hanif membesar menjadi anak yg soleh dan berbakti kpd agama & bangsa. Gambar terkini hanif botak dek angkara abang Hadif nak tunjuk skill potong rambut adik. Akhirnya ke kedai juga, terpaksa dibotakkan. huhu.. Nasib baik lagi hensem abang hanif bila botak. hihi..  Tempahan kek kali ini istimewa dari Cakes by Rosza Rozali, bertemakan zoo dan binatang liar. Kek rainbow menjadi pilihan kerana abang Hadif mahukan kelainan dari kebiasaan kek yang pernah dia makan. Umi harap abang Hanif suka dengan deko kek ini. Sederhana aje sambutan kali ini di rumah. InsyAllah, esok abang Hanif akan sambut bersama teacher dan kawan-kawan di taska.

Fakta menarik awal persekolahan Hadif

Image
Alhamdulillah minggu ini memasuki minggu ke-4 sesi persekolahan Hadif di Tahun 1. Sudah lama memendam rasa untuk aku menceritakannya di sini. Dengan besar harapan, ia menjadi catatan untuk Hadif lihat di kemudian hari. Umi dan abi telah cuba melakukan yang terbaik untuk Hadif. Pengalaman pertama sebagai ibubapa yang menguruskan anak ke Tahun 1, bukan la satu perkara yang mudah. Selain membuat persediaan wang ringgit bagi membeli keperluan sekolah, kami juga perlu bersedia emosi dan ilmu psikologi dalam berdepan dengan situasi-situasi anak melalui suasana baru. Ditambah pula 2 minggu sebelum sesi persekolahan bermula, Hadif melalui proses berkhatan. Dalam keadaan jahitan luka yang belum sepenuhnya sembuh, membuatkan kami agak risau dan panik juga. Fakta pertama: Menangis Kami, suami isteri memang dah menjangkakan Hadif akan menangis. Hadif memang agak manja dan rapat dengan abi. Pengalaman abi tinggalkan dia jauh dek kerana tuntutan kerja, membuatkan dia agak fobia bila kami tia

Pengharapan 2018 yang lebih barakah

Image
Setiap kali menjengah tahun baru, pasti setiap orang sibuk dengan "AZAM". Ada yang mencipta azam baru, ada pula yang hanya mengulang azam-azam tahun lepas yang belum terlaksana. Penting sangat ke azam ni. Sampaikan ada yang menjatuhkan hukum semborono, azam pada tahun masihi ini bukan adat orang islam. Katanya seelok sebagai muslim memasang azam pada tahun hijrah. Pada saya semua itu terletak pada diri masing-masing. Tak ada pun sampai jatuh dosa besar. Bagusnya kita ada azam tahun baru adalah menunjukkan kita ada perancangan untuk tahun tersebut. Selain merancang dengan rapi, kita perlu ada strategi untuk melaksanakannya dan menjadikan azam tersebut realistik. Situasinya sama sahaja seperti dalam organisasi. Bila dah berkeluarga, azam mak-mak pun makin banyak, meliputi target-target untuk pasangan, anak-anak dan juga keluarga. Ini adalah azam aku untuk tahun ini. Dicatatkan di sini, moga ia menjadi pemangkin untuk aku berusaha bagi merealisasikannya. Azam 2018 1.