Aku telah dikurniakan 3 orang anak lelaki. Dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan ini, masih belum ada rezeki memiliki anak perempuan. Tipulah jika dikatakan aku tiada keinginan walau sedikit. Semasa mengandungkan anak pertama, aku ada bermimpi aku bakal menimang anak lelaki. Alhamdulillah, kebetulan mimpi itu menjadi kenyataan. Dan setiap kali scan, memang terang lagi jelas anunya. Tambahan pula anak sulung, jadi soal jantina itu tidak dihiraukan sangat. Berita tentang kehamilan pun sudah cukup membuatkan diri ini teruja dan sangat bersyukur. Tatkala tahu mengandungkan anak kedua, aku sangat berharap ianya adalah perempuan. Apatah lagi, ketika scan pada usia kandungan 5 bulan, doktor masih tidak dapat memastikan jantinanya. Apabila usia kandungan mencecah 7 bulan, aku dan suami memilih untuk scan 3&4D di Klinik Dr. Anis di Kempas. Ya Allah, masa ini memang jelas kelihatan ianya boboi lagi. Waktu ini ditemani suami, jadi masih tak terasa kekecewaannya. Lagipun kami masih muda dan