Posts

Showing posts from August, 2014

Saat Perkenalan Kami

Image
Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar anak-anak ke taska, aku terasa begitu syahdu dan sayu. Teringatkan suami nun jauh di perantauan. Hati ini terasa begitu rindu yang tak dapat digambarkan apatah lagi untuk diluahkan dengan kata-kata. Malah saat aku menulis ini, airmata tetap mengalir tanpa mampu diseka lagi. Hanya Allah yang mengetahuinya. Moga rindu ini beroleh pahala dariNya. Kebetulan dalam perjalanan tadi, aku memasang radio IKIMfm. Nasyid yang diputarkan selepas slot Motivasi Pagi tadi telah membuatkan aku terimbau kembali kenangan ketika pertama kali mengenali suamiku yang kucintai kini. Ya Allah begitu mendayu-dayu dan meruntun jiwa ritmanya. Terkenangkan peristiwa 10 tahun yang lalu. Aku ditakdirkanNya bertemu dan mengenali si dia (suamiku kini) ketika belajar di UTM. Dia merupakan rakan sekelasku. Tanpa kusedari aku telah diperhatikan sejak hari pertama masuk ke kelas. Dia begitu bersungguh-sungguh untuk mengenaliku sehinggakan sanggup curi-curi men

Imbas Kenangan Kelahiran Hadif 25042011

Image
Pagi 25 April 2011, seperti biasa umi bangun menunaikan solat subuh. Tapi perut umi terasa memulas-mulas dan berulang beberapa kali ke bilik air. Jam 7.00 pagi, umi terima panggilan daripada abi dan mengadu yang abi terasa malas nak pergi kerja pada hari ini. Belum sempat bersarapan, seisi rumah dikejutkan dengan jeritan umi kerana turun darah. Sebelum bertolak ke hospital, umi sempat telefon abi dan bersiap-siap apa yang patut. Patut la abi terasa malas nak pergi kerja, rupanya hari ni abi terpaksa balik kampung segera sebab umi nak bersalin. Dalam perjalanan ke hospital, umi sempat menjamah sedikit bihun goreng tok dan juga beberapa biji kurma untuk bekalan tenaga. Tepat 8.15 pagi, umi sampai di Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh dan terus diminta masuk ke bilik bersalin. Umi diberikan ubat untuk buang air besar dan diperiksa bukaan rahim telah terbuka 3 cm. Selepas itu, umi diminta untuk berehat di bilik yang disediakan. Sakit yang umi rasa mulai kerap dan umi t

040813 Tarikh Kelahiran Hasif

Image
Alhamdulillah, Hasif telah genap setahun pada hari raya tahun ini. Sambutan hanya dilakukan secara sederhana di rumah tok & wan di Kedah. Cukuplah sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan. Moga Hasif membesar menjadi anak yang sihat dan cerdas. Jadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama dan ibubapa. Bila Hasif dah besar nanti, bacalah catatan umi ini untuk kenangan. Setahun yang lalu, Hasif dilahirkan dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat dan berkat. Dua hari sebelum itu, umi telah membuat pemeriksaan di hospital KPJ Puteri Johor Bahru sebelum pulang ke kampung halaman. Semasa pemeriksaan vaginal, telah ada bukaan kecil. Tetapi Dr tetap membenarkan umi keluar untuk pulang berhari raya kerana Dr menjangkakan umi akan bersalin sehari selepas hari raya. Selepas pulang ke kampung abi di Trolak, Perak, umi masih sempat berbuka dan bersahur bersama atuk dan opah. Tetapi rasa sakit makin terasa pada pagi 26 Ramadhan, iaitu selepas sahur. Mulanya umi hanya berbaring dengan