Posts

Showing posts from November, 2019

Dalam kenangan dari Malaysia terbang ke Abu Dhabi...

Alhamdulillah aku berpeluang menjejakkan kaki di bumi UAE, apabila suami ditawarkan bekerja di Ruwais, Abu Dhabi. Sudah lama sebenarnya aku berhasrat untuk ke luar negara. Sejak aku tamat sekolah menengah, aku menyimpan cita-cita untuk belajar di luar negara. Tapi mak keberatan mahu melepaskan aku pada ketika itu. Masih kuingat, waktu itu, aku dan abah berpakat senyap-senyap mengisi borang permohonan JPA bagi pengajian luar negara. Tapi apabila aku dipanggil temuduga, mak begitu berat hati membenarkannya. Jadi aku hanya menyambung belajar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang seterusnya ke UTM Skudai. Siapa sangka aku berpeluang ke sini selepas berumahtangga. Apa yang aku lihat, makin jauh kita merantau, lebih terbuka pemikiran kita. Banyak budaya yang kita pelajari. Lebih ramai sahabat yang kita bertemu. Apa yang baik diambil dijadikan tauladan. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Hal ini banyak mematangkan diri aku dan suami dalam mengharungi kehidupan ini. Moga rumah tangga kami sentia