Posts

Showing posts from October, 2017

Muhasabah Pagi : "Cinta kerana Allah"

Allah itu Maha Mengetahui. Di kala kita menghadapi masalah, didatangkannya mesej dan teguran itu dalam pelbagai bentuk. Apa yang nak disampaikan itu sampai tepat menyentuh perkara yang kita lalui. Allah Maha Hebat. Subhanallah. Pagi ini, Motivasi Pagi di Radio IKIM disampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim. MasyAllah, suaranya saling tak tumpah dengan arwah Ustaz Asri. Topik yang disentuh juga menjentik hati ini. " Cinta kerana Allah ". Pertamanya, apa tanda Allah cintakan kita. Huhu..banyak sungguh tanda cinta-Nya yang dia kurniakan pada kita, yang kita tak mahu menyedarinya. Keduanya, apa pula tanda cinta kita kepada-Nya..Terasa menitis airmata ini, apa yang kita lakukan dan laksanakan bagi menunjukkan tanda cinta kita kepada Dia. Terimbas semula perbualan semalam aku dan suami ketika menjamu selera. Aku terasa diri ini tidak dihiraukan oleh saudara dan keluarga. Dari zaman belajar sehingga mencari rezeki dan kini mempunyai keluarga, aku jauh daripada mereka. Aku ditakdirk

Ummi Anak Empat

Image
Alhamdulilah, dah lama rasanya tak menjenguk blog ni. Nampak sangat terlalu sibuk dengan aktiviti di pejabat dan rumah saban hari. Sampai terlupa kewujudan blog ni. Anak-anak sedang membesar dengan pelbagai kerenah yang umi dan abinya sendiri tak terlayan kadang-kadang tu. Inilah anak-anak umi dan abi yang sentiasa memeriahkan dan menceriakan hidup umi dan abi setiap hari. Moga kalian berempat membesar menjadi anak yang soleh dan solehah hendaknya. Cabaran mendidik kalian juga mengajar umi abi kuat dari segi emosi dan jasmani.