Posts

Showing posts from August, 2016

Kelahiran yang ditungu-tunggu

Image
Alhamdulillah pada 3 Julai 2016, aku dianugerahkan seorang lagi cahaya mata. Kali ini, kehadirannya dinantikan oleh aku, suami dan 3 orang abangnya. Kelahirannya menyerikan lagi keluarga kecil kami. Syukur kehadratNya dengan nikmat yang Engkau berikan ini, satu-satunya anak perempuan yang aku miliki. Ya Allah, Engkau jadikanlah cahaya mataku ini seorang anak yang solehah. Hakikatnya, pada awal kehamilan, aku mengalami kemurungan disebabkan ketidaksediaan aku menerima kehamilanku. Siapa sangka di dalam kesedihan itu, Dia hadirkan kegembiraan. Pada pagi ahad bersamaan 28 Ramadhan, aku sepatutnya ada temujanji doktor untuk pemeriksaan 37 minggu. Tak disangka bila doktor sahkan bukaan rahim aku telah 3 cm. Oleh itu, doktor minta aku terus lapor diri di wad. Disebabkan aku berpuasa hari itu, aku minta untuk pulang ke rumah untuk berbuka puasa. Sebelum pulang, aku sempat singgah ke Karnival Raya di Dewan Kenangan (SP) untuk menukar saiz jubah Mak yang aku tersalah beli semalamnya. Setela