Posts

Showing posts from June, 2015

Anakku kesemuanya hero

Image
Aku telah dikurniakan 3 orang anak lelaki. Dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan ini, masih belum ada rezeki memiliki anak perempuan. Tipulah jika dikatakan aku tiada keinginan walau sedikit. Semasa mengandungkan anak pertama, aku ada bermimpi aku bakal menimang anak lelaki. Alhamdulillah, kebetulan mimpi itu menjadi kenyataan. Dan setiap kali scan, memang terang lagi jelas anunya. Tambahan pula anak sulung, jadi soal jantina itu tidak dihiraukan sangat. Berita tentang kehamilan pun sudah cukup membuatkan diri ini teruja dan sangat bersyukur. Tatkala tahu mengandungkan anak kedua, aku sangat berharap ianya adalah perempuan. Apatah lagi, ketika scan pada usia kandungan 5 bulan, doktor masih tidak dapat memastikan jantinanya. Apabila usia kandungan mencecah 7 bulan, aku dan suami memilih untuk scan 3&4D di Klinik Dr. Anis di Kempas. Ya Allah, masa ini memang jelas kelihatan ianya boboi lagi. Waktu ini ditemani suami, jadi masih tak terasa kekecewaannya. Lagipun kami masih muda dan

Ulangtahun ke~5

Image
4 Jun 2010 ~ 4 Jun 2015 Genap 5 tahun usia perkahwinan kita. Alhamdulillah....Macam baru semalam kita disatukan. Pejam celik sudah dikurniakan 3 cahayamata lelaki. Belum ada rezeki mendapat anak perempuan. InsyAllah mungkin yang seterusnya. Kita hanya berdoa dan berusaha, hasilnya diserahkan pada Yang Maha Esa. Kematangan sebuah hubungan tidak diukur pada berapa lama kita bersama..tapi berapa banyak yang kita belajar dari pengalaman untuk saling menghargai & memahami..   Bahagia juga tidak dilihat pada senyuman & kemewahan..tapi asalkan kita sentiasa bersama & menyokong antara satu sama lain walau dalam kesusahan..   Kasih sayang itu milik Allah..Moga Dia sentiasa tetapkan hati kita bersama walau apa jua dugaan & rintangan yang mendatang..