Posts

Showing posts from May, 2015

Kelahiran ke-3

Image
Alhamdulillah, cahaya mataku yang ke-3 kini telah berusia 4 bulan. Baru saat ini aku berkesempatan mencatatkan pengalaman buat ingatanku di kemudian hari, insyAllah. Peristiwa kelahiran ini bermula pada tanggal 18 Januari 2015. Hari tersebut aku telah pun membuat temujanji pemeriksaan rutin untuk minggu ke-38 kehamilan bersama Dr Emaan di Hospital Ruwais jam 2.30 petang. Keadaan menjadi agak panik, setelah Dr Emaan memaklumkan bukaan adalah 3cm. Sebenarnya, beberapa malam sebelum itu, tidur malamku sudah tidak nyenyak. Semua serba tidak kena dan tidak selesa. Selepas temujanji, Dr Emaan membenarkan aku pulang ke rumah dan datang semula ke hospital apabila kontraki semakin kerap dan konsisten. Aku tidak terus pulang ke rumah tetapi menuju ke Gayathi bersama suami dan anak-anak untuk membeli nasi arab Ahal Al Bawadi Kitchen. Sempat la juga merasa nasi mandi sebelum berpantang. Waktu itu, aku mengambil kesemapatan menelefon mak abah di Malaysia untuk memohon maaf dan minta mereka